
MENARIK!
TATARIAS
+ kecantikan tubuh+ penjagaan makanan
DEKORASI
BULAN MADU
+ lokasi bulan madu+ persiapan
GALERI FOTO
+ pelamin+ bilik tidur
BUNGA RAMPAI

Magis Dekorasi Hiasi Majlis Perkahwinan
Sejak mula mendekatkan diri dengan dunia perkahwinan, Alhamdullilah, segala urusan dipermudahkan. Kalau dulu saya cukup ‘malas’ menghadiri majlis perkahwinan, kini, kaki terasa ringan sahaja melangkah masuk ke majlis-majlis bersejarah buat mempelai ini. Memang banyak perutusan raja sehari yang tiba di atas meja editor ini. Walau tak semua dapat saya tunaikan jemputan mereka, namun, staf-staf saya yang lain pasti hadir untuk merakamkan setiap momen indah bermula dengan gubahan, dekorasi dan majlis itu sendiri.
Dalam setiap majlis perkahwinan, pelamin pengantin adalah perkara utama yang menjadi perhatian tetamu. Saya sendiri tidak terkecuali. Mata tetap melirik ke arah dekorasi singgahsana mempelai yang bakal menyaksikan setiap detik terakam. Dekorasi majlis perkahwinan sudah mengalami evolusi yang cukup memberangsangkan. Setiap bakal pengantin mahukan rekaan dekorasi yang terkini dan kalau boleh belum lagi dibuat oleh orang lain.
Kalau dahulu, pelamin sekadar kain satin yang melata bersama hiasan bunga-bunga plastik dan dua buah kerusi pengantin (itu pun, ada yang hanya menghias kerusi makan biasa untuk dijadikan kerusi pengantin). Kini, pelbagai tema dekorasi dengan pengunaan motif-motif tertentu, bunga-bungaan artifisial atau segar, bantal-bantal, tanglung, ‘chandelier’ dan pelbagai bentuk kerusi pengantin yang menghiasi sudut pelamin.
Bagi memenuhi impian bakal pengantin dalam mereka cipta pelamin cinta mereka, Pesona Pengantin membawakan 250++ idea dekorasi terkini dengan citarasa moden, kontemporari, klasik, mewah dan pelbagai tema yang lain. Segalanya yang terhias indah dalam sesebuah majlis perkahwinan kami paparkan untuk anda. Hiaskan singgahsana impian dengan magis yang memukau tetamu yang datang. Penuhi setiap sudut dewan dengan sentuhan keajaiban yang menjadi bualan sepanjang zaman.
Terimalah persembahan daripada kami. Semoga anda semua berpuas hati.
Pupe Darsono
pupe.rahaizad@karangkraf.com
03-51017313
.....................................................................................................................................
