
MENARIK!
TATARIAS
+ kecantikan tubuh+ penjagaan makanan
DEKORASI
BULAN MADU
+ lokasi bulan madu+ persiapan
GALERI FOTO
+ pelamin+ bilik tidur
BUNGA RAMPAI
Fauziah Gaus Sudah Ingin Bercinta Kala Hati Telah Terbuka
Sebaik sahaja menghampiri wanita langsing kecil molek nor fouziah binti mohd Gous, 29, terdetik di hati ini bahawa aura yang ada pada pelakon cantik ini bukan Calang-calang. Sinaran daripada mata dan wajah bujur sirihnya yang manis Dipandang boleh menawan sesiapa sahaja yang melihat. Ternyata si kecil molek Kelahiran kuala lumpur ini seorang yang punya sifat humor dan senang diajak Berbual dalam membongkar rahsia kisah hatinya.
Fouziah Gous terus ligat dengan karier seninya yang semakin memuncak naik. Bukan bersifat tamak, namun bagi aktres dan model jelita ini, dia tidak mahu menolak rezeki sementara bakatnya masih dihargai dan dirinya sendiri berkemampuan untuk melakukannya. Meskipun mengakui jadual yang sibuk sejak berbulan-bulan yang lalu adakalanya memenatkan diri, tetapi apabila berfikir itulah minat dan juga punca rezekinya ketika ini, Fouziah akan kembali bersemangat. Bercerita tentang kisah hatinya, Fouziah mengakui sudah bersedia untuk mengakhiri zaman bujangnya. Namun, dirinya kini masih belum ketemu sinar cinta itu dan mengharapkan sinar bahagia itu kan menjelma jua nanti. Dirinya juga tidak pernah menolak jika ditakdirkan menemui jodoh dalam waktu terdekat ini.
Apa perkembangan terbaharu Fouziah?
Fouziah sekarang ini agak sibuk dengan beberapa ‘telemovie’ dan juga penggambaran filem yang terbaru. Kesibukan ini akan berlanjutan dari Februari sehinggalah bulan Jun nanti. Fouziah akan memulakan beberapa penggambaran ‘telemovie’ terbaharu iaitu Trilogi Cinta 2, Aku, Dia & FB, dan Jual Minyak. Dalam masa yang sama, terdapat filem terbaru iaitu ‘Kerat 14’ dan ''Hantu Bukit Cina’ yang bakal diterbitkan pada tahun ini.
Apakah impian yang ingin Fouziah tunaikan dalam masa terdekat ini?
Fouziah inginkan satu impian yang sangat ‘simple’ dan mungkin agak susah untuk dicapai jika tiada usaha yang bersungguh-sungguh untuk dapatkannya. Setiap orang inginkan yang terbaik dalam hidup begitu juga dengan Fouziah yang inginkan satu perjalanan hidup yang lebih bagus untuk masa hadapan nanti. Fouziah ingin memberi tumpuan yang lebih pada karier sekarang. Benar kata orang, pengalaman adalah guru terbaik untuk mengajar kita erti kehidupan.
Selain lakonan, bidang apa yang Fouziah berminat untuk ceburi?
Bidang lakonan adalah bidang yang memang sudah sebati dengan kehidupan Fouziah. Tetapi dalam masa yang sama Fouziah juga ada merancang untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Banyak idea-idea yang juga masih dalam proses perancangan untuk dilaksanakan. Buat masa ini Fouziah terlalu sibuk dengan lakonan. Dek kerana masa tidak mengizinkan lagi, Fouziah terpaksa buat perancangan yang baik untuk melaksanakannya.
Erti sebuah percintaan buat Fouziah?
Terlalu kompleks untuk mengulas mengenai cinta, pemahaman terhadap personaliti cinta itu perlu mendalam dan jelas agar sebelum kita mengenali pasangan kita adalah lebih baik untuk kita mengenali diri kita terlebih dahulu. Setiap manusia mempunyai naluri yang sememangnya inginkan pasangan untuk disayangi dan dicintai. Cinta yang lahir dari lubuk hati yang luhur itu bukanlah sesuatu yang hanya akan berlaku dalam sekelip mata sahaja. Ianya sesuatu yang sukar untuk ditafsir dan bukan sesuatu yang boleh dirancang dengan mudah.
Lelaki bagaimana yang menjadi pilihan Fouziah?
Secara peribadi, Fouziah memerlukan seorang lelaki yang sudah pastinya boleh menjaga Fouziah kelak. Paling penting sekali Fouziah inginkan seorang lelaki yang pandai dan mempunyai banyak ‘knowledge’ serta boleh menjadi teman untuk berborak. Sudah pasti seorang lelaki yang berwatak ‘cheerful’ menjadi satu bonus buat Fouziah. Dari segi agama pula, sudah tentu lelaki yang mempunyai agama yang lengkap dan dapat membimbing dirinya sendiri terlebih dahulu sebelum dapat membimbing diri Fouziah dan semestinya lelaki tersebut mampu membuatkan Fouziah betul-betul menghormati dirinya.
Sudahkah Fouziah bersedia untuk menamatkan zaman bujang?
Semua cerita yang menggembar-gemburkan kisah cinta Fouziah tidak pernah sampai ke hujung, tiada kepastian. Tapi kalau nak bercakap tentang jodoh, Fouziah boleh katakan, secara fizikal, mental dan hati Fouziah sudah bersedia untuk berkahwin. Fouziah seorang wanita bukan lagi kanak-kanak, cuma jodoh itu sahaja yang belum sampai.
Fouziah tidak mahu meletakkan sasaran umur tertentu untuk menamatkan zaman bujang. Walaupun usia Fouziah sudah menginjak ke angka 29 tahun namun di hujung usia ini Fouziah masih lagi belum ketemu sinar bahagia itu. Fouziah hanya menyerahkan jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan. Jika ditentukan jodoh untuk Fouziah sudah sampai, sudah pasti Fouziah tidak akan menolaknya. Fouziah hanya menggangap semua ini tidak perlu untuk dirancang dan ianya pasti akan hadir dengan sendirinya.”
Tentang perkahwinan pula, apa pandangan Fouziah?
Perkahwinan adalah satu komitmen seumur hidup dan alangkah indahnya jika kita dapat melaluinya dengan seseorang yang sangat dicintai. Ianya ikatan suci yang dibina antara dua insan yang saling mencintai dan ianya satu perkongsian hidup yang memerlukan pengorbanan dan toleransi. Dari situlah bermulanya segala pengorbanan yang terpaksa kita lakukan demi kebahagiaan bersama orang yang disayangi.
Apa konsep dan tema perkahwinan impian Fouziah?
Semua orang inginkan perkahwinan yang cukup sempurna dan meriah, tetapi bagi Fouziah perkahwinan yang meriah tidak semestinya menghabiskan ribuan ringgit. Fouziah tidak mengimpikan sebuah perkahwinan yang besar-besaran dan ianya cukup sekadar kemampuan bakal suami. Tidak perlulah menghabiskan ribuan ringgit untuk perkahwinan yang mewah sedangkan kemampuan suami tidak mampu untuk merealisasikannya. Biarlah ianya dilangsungkan itu serba ringkas tetapi sangat meriah.